Betul ke Halal Tempat Makan Tu?

Betul ke halal tempat makan tu? Bukan anda je yang tanya soalan ini. Check disini sebab semua status halal dirujuk pada rekod Jakim 2021.

Mengapa tanya “Betul ke halal tempat makan tu“?

Sebab terlalu banyak sangat info di online.

Ini contoh apabila anda buat carian di Google menggunakan perkataan ini “Korean Halal”.

Contoh Check Halal Korean Food

Kebanyakkan info-info yang kita lihat pada contoh ini terlalu mudah untuk mengatakan sesuatu tempat makan itu halal tanpa beritahu kita sumber rujukan mereka di Jakim.

Rujukan pada website Jakim perlu kerana semua urusan sijil halal perlu melalui Jakim.

Website ini diharap mudahkan anda dapat info sahih yang anda cari.

Berbanding ulasan status halal lain, ulasan di website CheckHalal.org sengaja dibuat ringkas dan padat supaya cepat anda dapat info yang anda perlukan.

Setakat 11 Julai 2021, ada 11 ulasan status halal telah disediakan untuk anda seperti semakan status halal untuk Cozy Corner Ampang Point, Taiwan House Ampang Point, Kimukatsu KL East Mall, My Dim Sum Setapak Central, Shihlin Setapak Central, Chicken Plus Melawati Mall, Mr Dakgalbi Melawati Mall, Sopoong Melawati Mall, Absolute Thai Wangsa Walk, Yums Wangsa Walk dan Manhattan Fish Market Wangsa Walk.

Seperti yang anda lihat, setakat ini “coverage” terhad pada lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor.

Lebih banyak lagi ulasan status halal sedang disediakan merangkumi lokasi-lokasi pusat membeli belah yang lain di seluruh Malaysia; termasuk untuk Labuan, Sabah dan Sarawak.


Betul ke Halal? Check di sini status halal tempat makan tu. Kesemua info berdasarkan rekod Jakim 2021.


Setiap status halal akan dirujuk terlebih dulu pada rekod Jakim dan Manual Pensijilan Halal terbitan Jakim supaya anda dapat info sahih dan menu yang diperakui halal.

Selain itu, tarikh serta cara semakan turut dipaparkan pada anda supaya anda dapat info yang lengkap dan anda boleh guna cara yang sama untuk buat semakan anda sendiri di portal Jakim.

Feedback.

Jika anda ada sebarang feedback atau cadangan; mohon hubungi Ara Musa sebagai admin untuk website ini di aramusa@checkhalal.org.