Tako Tao Halal ke Tak?

Betul ke Tako Tao halal? Status halal sebenar dirujuk pada rekod JAKIM 2021 supaya anda dapat info sahih.

Pada ulasan status halal ini, anda dapat lihat tarikh dan cara semakan status halal Tako Tao dibuat serta senarai cawangan restoren ini.

Betul ke Tako Tao ada perakuan halal?

Ada banyak restaurant yang menggunakan nama Tako.

Untuk elak kekeliruan, ulasan status halal ini adalah untuk Tako Tao seperti imej di bawah ini.

Tako Tao

Untuk beri anda info yang sahih, semakan telah dibuat di portal halal Jakim pada 16 September 2021 menggunakan keyword “TAKO TAO”.

Perkataan “TAKO TAO” digunakan kerana ia sebahagian dari nama kiosk ini dan juga nama pemiliknya iaitu “TAKO TAO FOOD ENTERPRISE”.

TIADA rekod sijil halal ditemui.

Ini bermaksud jenama snack makanan Jepun ini serta kesemua cawangannya TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Tako Tao Pic 2
Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan status halal yang pertama.

Anda boleh juga lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan ini > Senarai Ulasan Status Halal.

Senarai Cawangan.

Seperti makluman, cawangan-cawangan snack makanan Jepun ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Senarai cawangan seperti di bawah:

  1. AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur.
  2. AEON Ayer Keroh, Melaka.
  3. AEON Bandaraya Melaka.
  4. AEON Big Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
  5. AEON Bukit Indah, Johor Bharu, Johor.
  6. AEON Kulai, Johor.
  7. AEON Metro Prima Kepong, Kuala Lumpur.
  8. AEON Mid Valley, Kuala Lumpur.
  9. AEON Seremban 2, Negeri Sembilan.
  10. AEON Taman Maluri Cheras, Kuala Lumpur.
  11. Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor.
  12. Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.